budaya masyarakat orang asli

  • muzium image
  • muzium image
  • muzium image
  • muzium image
  • muzium image
  • muzium image
  • muzium image
Perlaksanaan Galeri Seni Kraf Orang Asli di bawah rancangan Malaysia ke-8 bertujuan menggerakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan masyarakat Orang Asli serta membantu mengekal dan memelihara warisan Budaya Masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia terutamanya.
Peranannya bertumpu kepada aspek-aspek kesenian yang terdapat pada bahan-bahan hasil ciptaan masyarakat Orang Asli. Segala aspek dan bentuk kesenian akan dieksploitasi sepenuhnya bagi menunjukkan keindahan senireka dan ciptaan masyarakat Orang Asli sebagai ciri tamadun dan tradisi mereka disamping melambangkan penyataan imaginasi masyarakat Orang Asli di negara ini.
Unsur-unsur seni yang berkaitan dengan motif dan corak yang terdapat pada ukiran kayu, anyaman, perhiasan diri, sumpitan, tabung damak dan sebagainya akan disalin dan dipindahkan pada bentuk fabrik dan bahan-bahan budaya yang lain agar dapat dimiliki oleh orang ramai. Hasil dari pemindahan motif ini ternyata akan dapat mengembangkan ciptaan masyarakat Orang Asli bagi kegunaan semasa dan menggerakkan lagi usaha untuk menghasilkan bahan-bahan kesenian yang ada nilai ekonomi di negara ini.

Koleksi dan Galeri

Koleksi-koleksi berkaitan masyarakat Orang Asli ada terdapat di stor simpanan Jabatan Muzium Malaysia. Terdapat juga koleksi yang dipamerkan di Muzium Negara dan Muzium Taiping,Perak. Sebahagian daripada koleksi yang terdapat adalah terdiri daripada senjata, ukiran kayu, seniukir, alat muzik, perhiasan diri, alat-alat pertanian, alat memburu binatang, cara memungut dan menyediakan makanan, pengangkutan, alat pemujaan (Sihir). Koleksi mula dipamerkan di Muzium Negara pada tahun 1963, ianya juga merupakan pameran tetap di balai D - Muzium Negara.
Hasil kraftangan masyarakat orang asli seperti: sumpit dan tabung damak, beliung, ukiran patung, raga galas daripada rotan, bakul mengkuang, tikar, kelerai, kampit, ketuk-ketuk buluh dan sebagainya.

Alamat

Galeri Seni Kraf Orang Asli,
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur
Tel : +603 2282 6255 samb.171
Fax : +603 2282 7294 / 2287 1275

Pegawai untuk dihubungi

En. Ahmad Zulkarnain bin Alias

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepentingan Sains Sukan

Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi.
Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang menjadi cergas dalam melakukan suatu aktiviti yang bertujuan meningkatkan prestasinya. Sebaliknya, bidang ini membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan.
Setiap kali atlet gagal dalam sesuatu kejohanan, tumpuan pasti terarah kepada kegagalan dalam psikologi. Sedangkan sebenarnya kebanyakan atlet negara gagal disebabkan oleh kelemahan taktikal atlet itu sendiri. Sedar atau tidak banyak atlet negara menunjukkan pencapaian yang kurang memberangsangkan kerana kurang pendedahan terhadap sains sukan. Atlet seharusnya mempunyai konsep kendiri dalam mempertingkatkan ilmu sains sukan untuk mempertingkatkan tahap pencapaian dalam bidang masing-masing terutamanya ketika pertandingan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS